38th: PERSIAPAN KURSUS KADET PTD

Assalamualaikum
Seperti yang dapat kita sama-sama perhatikan, memang entri ni datangnya selepas hampir sebulan entri yang lalu. Kesibukan membuat persiapan kursus Kadet PTD (yang bakal tiba kurang 2 minggu dari sekarang *tarik nafas panjang-panjang*) telah menyebabkan saya kekurangan masa (dan tenaga) untuk berkongsi cerita-cerita baru.
Gittewww~cerita-cerita baru katanya.
Ok laa~kali ni saya cuma nak mintak tolong semua orang sama-sama go through items yang saya dah beli dan juga nanti kita sama-sama check apa yang masih belum dan perlu dibeli. Yelah, nak jadi anak perantauan semula setelah hampir 2 tahun tinggal kat rumah bukan senang. Kang ada je barang yang terlupa nak belilah, tertinggallah, dan dan dan (paling confirm), terlebih beli. Biasalah kan. Overexcited. 





Secara kasar pun dah boleh nampak, ni kebanyakannya barang-barang nak pergi? Nak pergi?? Nak pergiiii??
Ye betul. Nak pergi camping.
Nanti saya bakal menghadapi pengalaman pertama (Baca: PERTAMA) berkhemah dalam hutan. Berkumpulan boleh tahan lagi. Tapi dengar cerita dari seniors, ada solo camping. Yelah, yang berkhemah sorang-sorang, jauh dari kawan-kawan lain. Kena bina khemah sendiri, masak sendiri, JAGA DIRI sendiri tu. Awesome sangat kan?? Awesome gila. -___-



Orang kata sambil menyelam, minum air. Kalau lenguh-lenguh, saya sapulah minyak ni. Pastu, pastu, pastu kan, boleh kuruskan badan sekali (berangan lebih~)

Hello tudung bawal, we meet again after so many years. Terakhir kali menjadi pemakai setia bawal was when I did my practical in 2012. Tapi disebabkan kursus ni macam tak berapa nak menggalakkan pemakaian shawls, jadi saya terpaksalah~terpaksa laaaaaaa.

Kalau tudung bawal buat hal masa rushing nak pergi bersukan/kelas pagi-pagi, alamatnya saya sarung jelah tudung ekspress ni. Lagi senang laa kut. Tapi tengok macam tak berapa nak jelita laa bila pakai tudung hoq ni. Hohoho~redha jelah.


Juga sudah dibeli:
  • Track bottoms
  • T-shirt berkolar hitam
  • Inner hitam
  • Slippers/Flipflop
  • Black tights

Masih belum dibeli tapi MESTI (chewah~mesti katanya) dibeli:
  • Document bag
  • Hiking bag
  • Baju kurung batik 
  • Black blazer
  • Toiletries 
  • Stationary
  • Supplements
  • Panadol, Panadol, dan berpapan-papan Panadol

Apsal macam banyak je lagi yang nak kena beli?? Rasa macam dah banyak duit habis beli kelengkapan apa semua bagai. Tapi bila tengok-tengok balik senarai barang, "Amboii~beratus keluar duit, berapa barang je dapat crossed off from list."
Sabar jelah.

Takpe, takpe. Bersusah-susah dahulu, mendapat elaun di kemudian hari. Eyh?? Ahahahahahah.
InsyaAllah berbaloi semua ni.

Jujurnya, saya iz tak sabar nak pergi berkursus. Fast-paced life has always been my kind of thing. Somehow, it makes me feel alive, energetic, and young. 

Harap-harapnya by 16 Mac ni dah bolehlah potong semua barang-barang dalam senarai Perlu Dibeli.

Salam menggemok. Toodles~
Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!
 

Comments

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)