34th: SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

Assalamualaikum

Sumber: www.spa.gov.my
Salam Maulidur Rasul buat semua bloggermoks dan pembaca Muslim. 
Alhamdulillah~sekali lagi kita semua berkesempatan untuk sama-sama menyambut ulangtahun kelahiran Nabi junjungan kita semua, Nabi Muhammad SAW.
Bila tiba Maulud Nabi, saya selalu teringat kenangan celebrate waktu masih sekolah dulu. Pagi-pagi bangun, pastu pakai baju raya (baju kurung laa tu. Dulu masa kecik-kecik kalau pakai baju kurung je, mesti panggil "baju raya"). Awal-awal dah tiba sekolah sebab tak sabar nak berarak ramai-ramai. Rasa gembira sangat dapat berselawat dengan kawan-kawan. Dah kira sama level dengan kemeriahan pergi beraya satu kampung dengan sepupu-sepapat. Serious best!!!

Oh ye, yang paling awesome sekali, of course laa masa makan sedulang ramai-ramai. Ya Allah, waktu tu, walaupun kadang-kadang nasib tersedulang dengan member yang jenis tak faham erti "berkongsi", tetap rasa macam makanan yang terhidang tu is like the best food in the world. 
Itulah keindahan yang kita rasa kalau kita ikhlas berkongsi rezeki yang Allah kurniakan <-- ini deep. Khas buat renungan bersama-sama.
Jadi, sempena memperingati hari kelahiran Rasul kesayangan kita ini, marilah kita cuba seupaya kita untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda. Memang sukar kalau kita nak jadi seperfect baginda (memang takkan boleh pun), tapi sebagai manusia penuh khilaf (haa tudiaaaa ayat), apa salahnya kita cuba memperbaiki dan sama-sama berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah~
Antara 6 amalan-amalan utama Rasulullah: 
1) Tahajjud / Solat di sepertiga malam
2) Banyak membaca al-Quran
3) Pergi bersolat jemaah di masjid
4) Bersedekah setiap hari
5) Berterusan menjaga wuduk
6) Mengamalkan istighfar setiap masa 

Tiada istilah impossible untuk kita buat setiap satu daripada setiap sunnah Rasulullah ni. 
Contohnya, bukannya kita tak mampu berjaga waktu malam. In fact, sampai ke Subuh tak tidur pun kita lebih daripada mampu.
Cuba tengok, setiap malam kalau tak pukul 2, 3 pagi, mana kita nak masuk tidur kan?? Kalaupun dah naik atas katil, mata dengan tangan still ligat main phone kan?? 
Jadi apa salahnya lepas ni kita ubah sket cara kita. Daripada spend sejam untuk main phone, kita peruntukkan setengah jam untuk solat malam dan membaca al-Quran. 
InsyaAllah lama-lama, kita makin suka dan sayang nak tinggalkan amalan-amalan tu. Begitu jugak dengan sunnah-sunnah Rasulullah yang lain-lain. InsyaAllah~ ^^,
Salam menggemok. Toodles~
Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!


Comments

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)